Memulihkan data dan fail hilang dari RAID di Xserve

Pemulihan data dari RAID biasanya memerlukan seorang pekerja makmal tetapi Disk Drill boleh mengimbas dan menemui data apa yang boleh dipulihkan di setiap cakera keras individu di RAID itu.

Xserve
Memulihkan data dan fail hilang dari RAID di Xserve
?

Jika anda mempunyai data atau fail hilang dari satu RAID di Server Xserve Apple, pemulihan data boleh menjadi rumit dan sukar. Apple Xserve biasanya menjalankan RAID 5, masih menyokong tahap RAID 0, 1, 3 dan 0+1. Biasanya, jika hanya satu disk yang gagal dalam pemasangan RAID 5, server itu masih terus beroperasi. Pemulihan data menjadi penting apabila cakera kedua gagal. Selain dari itu, data mungkin hilang disebabkan upgrade firmware yang tidak lengkap, kegagalan pengawal RAID, dsb. Jika anda mempunyai cakera dari Apple Xserve dan fail serta folder, atau juga partisyen, ia perlu diperlukan dipulihkan selepas apa jua jenis kegagalan yang menimpanya. Cubalah Disk Drill, satu penyelesaian pemulihan data buat sendiri yang mengagumkan. Bacalah lebih lanjut bagi mengetahui bagaimana ia boleh dibuat.

Selesaikan Pemasangan Disk Drill

Memandangkan kami akan memulihkan data hilang dari cakera luaran yang pernah menjadi sebahagian daripada pelbagai RAID Xserve, anda boleh menyimpan aplikasi Disk Drill yang telah dimuat turun ke volume sistem utama di Mac anda. Ikutilah pautan ini untuk muat turun Disk Drill, klik dua kali imej disk dan seret ikon Disk Drill ke folder Aplikasi di Mac anda.

  • Muat Turun Disk Drill
    1

    Muat Turun Disk Drill

  • Seret ke Folder Aplikasi
    2

    Seret ke Folder Aplikas

  • Lancarkan Disk Drill
    3

    Lancarkan Disk Drill

Lancarkan App itu

Selepas muat turun dan pasang, buka Disk Drill dan pilih penambahbaikan yang diperlukan. Sebaik sahaja telah muat turun Disk Drill ke Mac, lancarkan app untuk bermula. Anda mungkin ditanya apa lagi pilihan tambahan yang anda ingin pasangkan. Nyahtanda semua kotak, sebab anda tidak seharusnya memasangkan apa-apa penambahbaikan pemulihan data buat masa ini.

Bermula untuk Imbas Cakera RAID Anda

Sebaik sahaja Disk Drill dibuka, anda akan dapat lihat satu senarai cakera (dalaman dan luaran). Klik volume yang anda gunakan di RAID anda untuk mengimbasnya. Sila ingat, Disk Drill akan melihat setiap cakera secara individu dari RAID. Jika anda ingin memulihkan satu partisyen yang hilang, pastikan anda memilih volume secara keseluruhannya, dan bukan hanya partisyen individu.

Imbas Volume itu

Klik butang “Pemulihan” bersebelahan volume yang anda ingin imbas. Disk Drill akan menyelesaikan imbasan volume RAID Xserve, meneruskan dengan setiap algoritma imbasan yang sesuai satu demi satu.

Memulihkan Data Anda dari RAID Xserve

Jika Disk Drill menemui apa-apa data yang boleh dipulihkan di cakera RAID anda, anda akan lihat keputusan imbasan yang disenaraikan, dan anda hanya perlu memilih cakera destinasi di mana untuk memulihkan data Xserve. Untuk menyelesaikan pemulihan, sila ikut arahan untuk upgrade ke Disk Drill PRO. Sahkan data yang telah ditemui boleh dipulihkan dengan preview item yang mewakili fail serta folder yang hilang.

Memulihkan Data Anda dari RAID Xserve

Memulihkan fail Xserve Anda yang Hilang

Jika anda sedang mencari fail dan bukannya partisyen, anda boleh semak senarai fail yang telah disusun dan dikumpulkan yang terdapat di cakera RAID yang telah diimbas. Sekiranya tiada nama fail yang betul, anda mungkin perlu preview setiapnya dengan klikkan (mata) ikon preview.

Deep Scan dan Format Fail Disokong

Apabila Deep Scan menganalisa cakera bagi data hilang, sistem fail sebenar cakera itu diformatkan adalah tidak penting. Pada hakikatnya, cakera itu mungkin tiada sistem fail atau ia mungkin hilang keseluruhannya.
Deep Scan membaca cakera secara berlainan dan cuba mencari data yang boleh diselamatkan, tidak kira sama ada ia pernah menduduki FAT, NTFS, atau sistem lain.
Sebaik sahaja satu corak data yang dikenali dapat dikenalpasti, fail itu akan dibina semula. Di sinilah beberapa sampel format yang boleh berfungsi bersama Deep Scan: .jpg, .doc, .psd, .pdf atau .xls, dsb.

Disk Drill bersedia untuk memulakan pemulihan

Perlukan arahan lanjut?

Artikel pemulihan data yang lain

Di sinilah apa yang dikatakan oleh para pelanggan kami

Diguna oleh syarikat terkenal di dunia