Pemulihan Sistem Fail Mac Secara Percuma

Apabila mempertimbangkan Pemulihan data Mac OS X, banyak bergantung kepada format (juga dikenali sebagai sistem fail) pemacu itu. Tetapi sama ada anda mencari pemulihan HFS bagi Mac, pemulihan fail sistem FAT32 bagi Mac, pemulihan NFTS bagi Mac, Disk Drill akan dapat membantu.

Sistem Fail Mac
Pemulihan Sistem Fail Mac Secara Percuma
?

Mengenai bagaimana untuk ini – kami telah memecahkannya mengikut langkah-langkah sistem fail. HFS and HFS+ biasanya ditemui di pemacu Mac OS X yang asal. Sistem-sistem FAT dijumpai di pelbagai jenis peranti yang berlainan dari pemacu denyar ke kad memori kamera. NFTS adalah sistem fail yang menggunakan paling banyak Sistem operasi Windows. Adalah berkemungkinan untuk juga imbas sistem fail lain, seperti Linux EXT3 dan EXT4, tetapi kami akan fokus kepada ketiga di atas bagi artikel ini.

Semua pemacu ini, tidak kira asal-usulnya boleh di imbas untuk fail-fail terpadam oleh Disk Drill. Tiada di antara teknik imbasan ini yang sukar digunakan, tetapi mereka mempunyai pendekatan yang berbeza. Baca seterusnya untuk mendapatkan gambaran keseluruhan langkah-langkah tersebut. Untuk tutorial lanjut, lihat Bagaimana Memasang Disk Drill dan Bagaimana Memulihkan Fail Hilang dengan Disk Drill Basic di Pangkalan Pengetahuan kami.

#1 Muat Turun dan Pasang Disk Drill

Pertamanya muat turun Disk Drill, perisian pemulihan sistem fail Mac. Pemasangan adalah mudah seperti menyeret ke folder Applikasi anda dan memberi kuasa kepada Disk Drill bagi mengimbas pemacu anda. Anda diperlukan memasukkan kata laluan admin bagi tujuan ini. Pilihan yang lain ialah menyeret applikasi Disk Drill ke Dok bagi memudahkan akses.

  • Muat Turun Disk Drill
    1

    Muat Turun Disk Drill

  • Seret ke Folder Aplikasi
    2

    Seret ke Folder Applikasi

  • Lancarkan Disk Drill
    3

    Lancarkan app

#2 Pilih Pemacu yang ingin Dipulihkan

Apabila anda buka Disk Drill buat pertama kali, anda akan lihat satu senarai pemacu, kad memori dan peranti yang kini disambungkan kepada Mac anda dan sedia diimbas. Di sinilah anda dapat imbas pemacu anda untuk fail-fail terpadam dan cuba pemulihan NTFS di Mac, pemulihan HFS di Mac OS X, atau pemulihan fail di Mac bagi sistem FAT32.

#3 Memulihkan Partisyen HFS di Mac

Pemulihan HFS di Mac OS X adalah mudah jika anda mempunyai Peti Besi Pemulihan Disk Drill atau ciri-ciri Pemulihan Terjamin yang diaktifkan sebelum kehilangan data. Hanya perlu klik butang Pemulihan dan pilih pilihan Data Dilindungi Tidak Terpadam. Dalam beberapa minit sahaja, menggali pangkalan datanya dan memaparkan satu senarai fail-fail yang dapat diselamatkan yang telah terpadam sementara Peti Besi Pemulihan sedang aktif, melindungi lokasi asal dan nama fail. Ia merupakan pilihan terbaik bagi pemulihan HFS di Mac OS X, dan cirinya yang asingkan Disk Drill dari yang lain.

Walaupun anda tidak mempunyai modul perlindungan data yang telah diaktifkan sebelum kehilangan data, anda masih boleh melakukan Deep Scan untuk mencari fail dan folder terpadam. Deep Scan mengambil masa yang lebih lama untuk diselesaikan, tetapi ia pasti dapat mencari setiap fail yang masih dapat diselamatkan. Kelemahannya Deep Scan ialah ia tidak dapat memberitahu nama asal atau lokasi fail itu. Kecuali jika ia dapat menjumpai satu partisyen yang dapat dipulihkan, yang besar kemungkinan boleh terjadi.

Memulihkan Partisyen HFS di Mac

#4 Pemulihan FAT/FAT32 dan NTFS bagi Mac

Pemacu denyar USB dan cakera keras luaran biasanya berjalan di sistem-sistem fail FAT atau FAT32. Pemacu dengan sistem fail FAT disokong oleh semua teknik-teknik pemulihan Disk Drill: Dapatkan semula Data yang Dilindungi, Quick Scan dan Deep Scan. Apabila anda perlu memulihkan partisyen NTFS di Mac anda, Quick Scan dan Deep Scan boleh digunakan tetapi pilihan Dapatkan Semula Data yang Dilindungi tidak didapati.

Bagi pemulihan FAT atau FAT32 bagi Mac, cuba Dapatkan Semula Data yang Dilindungi dahulu. Ia sebenarnya berfungsi seperti Quick Scan, tetapi menjejaki fail-fail terpadam dengan lebih baik dan boleh memaparkan keputusan dengan lebih cepat dan boleh dipercayai. Tetapi pilihan ini tidak dapat memulihkan data NTFS dengan Mac anda.

#5 Deep Scan Apa-Apa Volume atau Sistem Fail

Deep Scan mungkin merupakan teknik imbasan yang paling lambat yang ditawarkan oleh Disk Drill tetapi ia juga merupakan satu yang paling terperinci dan sejagat. Walaupun cakera keras anda telah diformatkan atau rosak, Deep Scan dapat mengumpulkan semula banyak fail yang hilang. Sememangnya, semakin rosak cakera anda, atau semakin banyak masa sudah berlalu, semakin rendah kemungkinan Disk Drill dapat menyelamatkan fail anda dan menangani satu pemulihan FAT, FAT32, NTFS atau HFS+ secara berkesan. Tetapi Disk Drill Basic adalah percuma – kenapa tidak mencubanya?

Deep Scan Apa-Apa Volume atau Sistem Fail

Disk Drill adalah satu app sistem pemulilhan sistem fail Mac yang hebat

Disk Drill menawarkan Deep Scan yang amat berkesan dalam situasi di mana hampir tiada struktur fail yang masih tinggal. Tidak kira sama ada ia adalah pemulihan HFS di Mac OS X atau NTFS atau FAT32, Disk Drill akan menggunakan pengetahuan hebatnya mengenai tandatangan fail untuk mencari apa yang betul dan memulihkan semua fail anda termasuk XLS, DOC, AVI, MP4, JPG dan lain-lain.

Selalu melindungi partisyen anda!

Lebih Lanjut Mengenai Bagaimana untuk pemulihan sistem fail Mac

Artikel pemulihan cakera yang lain

Lihat apa yang dikatakan oleh peminat-peminat Disk Drill

Diguna oleh syarikat terkenal di dunia