Pemulihan data Mac dari cakera yang telah diformatkan mungkin mengambil masa beberapa minit ke beberapa jam (bergantung kepada saiz cakera dan bilangan fail serta keadaan cakera tersebut).
Hasil carian di www.cleverfiles.com
Site search
1 Article found
|
Ini boleh berlaku. Anda format semula sesuatu cakera dan tiba-tiba sedar bahawa anda mempunyai satu fail kritikal di dalamnya yang belum disandarkan di mana-mana. Tetapi jangan putus asa – Disk Drill boleh membantu.
Asalkan anda tidak memilih pilihan “penyingkiran yang selamat”, data lama anda akan kekal di cakera anda sehingga ia telah ditulis semula. Maka, pemulihan cakera keras yang telah diformatkan di Mac masih mempunyai peluang! Disk Drill akan mengimbas cakera anda dan mencari fail tidak kelihatan yang belum dipadamkan.
Ia sebenarnya agak mudah untuk memulihkan cakera keras yang telah diformatkan di Mac. Hanya perlu muat turun perisian Disk Drill Basic yang percuma, imbas cakera dan semak fail. JIka anda dapat mencari fail, baguslah! Anda boleh teruskan dengan pemulihan itu. Jika tidak, apa yang perlu dibuat ialah hanya meluangkan masa beberapa minit.
Sambungkan cakera itu ke Mac anda (jika ia adalah cakera luaran atau kad memori). Jika ia adalah cakera keras dalaman yang telah diformatkan, pertimbangkan penggunaan Target Disk Mode atau Mod Mudah Alih Disk Drill untuk meningkatkan peluang pemulihan data di cakera keras Mac anda yang telah diformatkan. Anda juga boleh mencipta satu cakera yang boleh diboot bagi pemulihan data dengan Disk Drill di Mac yang lain untuk memulihkan sistem cakera keras yang telah diformatkan.
Muat Turun Disk Drill
Seret ke Folder Aplikasi
Lancarkan Disk Drill
Muat turun app Disk Drill Basic. Ikutilah arahan pemasangan dan lancarkan app tersebut. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, Disk Drill Basic adalah sepenuhnya percuma dan membolehkan anda mengimbas cakera dan preview fail-fail.
Sebaik sahaja app Disk Drill dilancarkan, ia akan memaparkan satu senarai cakera yang terdapat bagi imbasan. Anda harus memilih keseluruhan cakera (dan bukannya salah satu partisyen individu). Ini akan memastikan Disk Drill mengimbas ruang kosng cakera di mana fail lama anda masih wujud. Klik butang “Memulihkan” dan tunggu sampai imbasan selesai.
Pemulihan data Mac dari cakera yang telah diformatkan mungkin mengambil masa beberapa minit ke beberapa jam (bergantung kepada saiz cakera dan bilangan fail serta keadaan cakera tersebut).
Sebaik sahaja imbasan selesai, anda boleh semak fail-fail yang ditemui. Pastikan anda memeriksa fail-fail dengan teliti sebab nama betul fail mungkin tidak boleh dipulihkan. Anda boleh tapis fail mengikut jenis fail dan saiz bagi menyempitkan carian anda. Jika anda menemui fail yang diperlukan, pilihkannya dan klik butang “Memulihkan” untuk teruskan.
Itu sahaja yang perlu dilakukan! Disk Drill membolehkan pemulihan kad yang telah diformatkan di Mac serta pemulihan cakera keras yang telah diformatkan dengan mudah sekali. Muat Turun Disk Drill Basic hari ini dan bermula.
Disk Drill menawarkan ciri Deep Scan bagi kes yang nampaknya tiada harapan. App ini akan mengimbas melalui data mentah di cakera anda tidak kira sama ada ia FAT, NTFS, atau lain-lain. Disk Drill bekerja melalui struktur fail yang masih tinggal dan menjadikannya kepada satu kepingan tunggal. Sebaik sahaja ia menemui satu fail tandatangan, fail boleh dipulihkan dengan lebih cepat: XLS, DOC, AVI, MP4, JPG, dan lain-lain kesemuanya disokong olehnya.
KEPERLUAN
macOS 10.15.7–15.x, 60.0 MB
Gunakan Disk Drill 1/2.x/3.x untuk OS X 10.5+
PURATA KEDUDUKAN PENGGUNA
KELUARAN TERBARU
JUMLAH MUAT TURUN
PELANGGAN PRO
dalam 150+ negara