Cara Menyandarkan Data di Cakera Mac

Disk Drill membolehkan anda menyandarkan data di Mac OX X dengan menghasilkan imej cakera secara byte demi byte. Imej cakera (atau DMG) adalah salinan sebenar cakera keras anda, biasanya disimpan di satu cakera keras luaran berasingan. Menyandarkan cakera keras Mac anda yang merosot – dan menjalankan pemulihan data Mac data daripadanya – tidak pernah semudah ini.

Backup DMG
Cara Menyandarkan Data di Cakera Mac
?

Lambat-laun, semua cakera keras akan merosot. Membuka fail mungkin akan mengambil masa beberapa minit dan bukan lagi beberapa saat. Anda juga mungkin akan mendengar bunyi aneh yang datang dari dalam Mac anda. Anda mungkin mula nampak mesej aneh mengenai fail-fail rosak.

Ambil tindakan untuk menyandarkan data di Mac dengan cepat dan bukan mengabaikan tanda-tanda amaran ini. Ini adalah kerana semasa ia masih berfungsi, perisian data sandaran Disk Drill Mac boleh mengambil snapshot tepat cakera keras tersebut, memelihara satu salinan data, dan memulihkannya kemudian apabila diperlukan. Masalah cakera keras akan bertambah buruk, bukan lebih baik, maka lebih cepat anda mengambil snapshot ini (juga dikenali sebagai imej cakera, atau DMG) cakera keras anda, lebih tinggi peluang anda untuk memerliharakan semua fail anda.

Disk Drill menjadikan sandaran OS X cepat dan mudah. Disk Drill yang unik memasukkan setiap data yang ada di cakera, termasuk juga bahagian yang telah ditandakan sebagai ruang kosong, yang mungkin mengandungi fail-fail terpadam. Selepas itu, anda boleh menjalankan pemulihan data dengan Disk Drill dan memulihkan fail hilang dari imej cakera sandaran.

#1 Lancarkan Disk Drill

Untuk bermula membuat sandaran di Mac anda dan mengambil snapshot bersama semua kandung cakera keras anda, mulakan Disk Drill. Klik pilihan “Sandaran” yang terletak di sebelah atas menu dan gunakan pilihan “Menyandarkan ke imej DMG”. Baca arahan yang diberikan oleh Disk Drill dan jikut dorongan untuk menghasilkan imej disk satu byte demi satu byte di sesuatu cakera.

Pertamanya, pilih cakera atau partisyen untuk disandarkan dan kemudiannya tetapkan lokasi untuk menyimpan fail sandaran. Klik “Simpan” dan setelah sandaran dibuat, guna “Lampirkan Imej Cakera” untuk melancarkan fail DMG yang telah dihasilkan.

  • Muat Turun Disk Drill
    1

    Muat Turun Disk Drill

  • Seret ke Folder Aplikasi
    2

    Seret ke Folder Aplikasi

  • Lancarkan Disk Drill
    3

    Lancarkan Disk Drill

#2 Sambung ke Cakera Luaran

Maka, sambungkan satu cakera keras yang cukup besar kepada computer anda (CD, DVD dan pemacu denyar pada umumnya adalah tidak mencukupi untuk memuatkan semua maklumat yang disimpan di cakera keras hari ini). Di kotak dailog “Simpan” klik anak panah hitam di kanan atas, bersebelahan nama cakera keras. Anda akan lihat satu senarai folder dan cakera. Di sebelah kiri kotak dialog klik nama cakera keras luaran yang anda baru sambungkan, kemudian klik butang Simpan.

#3 Sandaran Imej Cakera bagi Mac

Sebaik sahaja proses salinan selesai, anda akan mendapati satu fail DMG besar di cakera luaran anda yang mempunyai nama cakera keras utama anda. Sandaran data fail DMG di Mac ini adalah salinan tepat data di cakera keras anda. Semua terdapat di fail ini, termasuk fail live dan sektor “kosong” yang memerlukan pemulihan data supaya dapat dibaca.

#4 Memulihkan Data dari Cakera anda yang Merosot

Sekarang anda boleh memulihkan fail-fail dari salinan yang anda telah buat. Fail DMG dilayan oleh computer bagaikan ia satu cakera fizikal yang “sebenar”. Bagi melancarkan cakera, anda boleh sama ada klik dua kali ikon fail DMG di Finder, atau menggunakan pilihan “Lampirkan imej cakera yang tidak boleh dilancarkan” di Disk Drill untuk memilih fail DMG itu. Sebaik sahaja cakera baru muncul di Disk Drill, anda boleh klik butang “Memulihkan” yang terletak bersebelahan namanya dan mulakan proses pemulihan itu.

Disk Drill adalah satu pengimbas yang teliti

Gunakan ciri Deep Scan apabila hampir tiada lagi struktur fail yang masih tinggal. Disk Drill akan mengimbas data mentah cakera keras anda tanpa mengira sama ada ia FAT, atau NTFS, atau yang lain. Ia akan menjadikan pecahan fail kepada satu struktur tunggal dan akan mencari tandatangan binary fail-fail hilang tersebut. Sebaik sahaja Disk Drill mengenalpasti satu tandatangan fail yang sedang dicari, XLS, DOC, AVI, MP4, JPG, dan pemulihan format lain akan berjalan agak cepat.

Lindungilah data penting anda sekarang!

Artikel Bagaimana Untuk yang lain

Mulakan pemulihan data

Para pengguna dan profesional perisian mengatakan

Diguna oleh syarikat terkenal di dunia