Cara memulihkan emel terpadam di Mac OS X

Apple Mail dan banyak lagi emel pelanggan simpan data secara lokal di Mac anda. Ini merupakan satu ciri yang berguna tetapi apabila berlaku sesuatu yang salah, anda akan mendapati bahawa anda kehilangan beribu-ribu emel yang penting. Disk Drill boleh membantu anda memulihkan emel kerja serta peribadi anda dengan hanya beberapa langkah mudah.

Bagaimana untuk memulihkan e-mel yang dipadam
Cara memulihkan emel terpadam di Mac OS X
?

Kehilangan data emel boleh berlaku kerana beberapa sebab termasuk kerosakan perkakasan dan pemadaman tidak sengaja. Tidak kira apa yang telah menyebabkan kehilangan data, Disk Drill boleh bantu memulihkan pangkalan data emel atau bekas storan yang digunakan oleh pelanggan emel biasa seperti Apple Mail, Outlook bagi Mac, Mailbird dan banyak lagi. Disk Drill boleh membantu memulihkan email apabila data disimpan secara lokal, dan ini bermakna bahawa jika anda hanya menggunakan emel online (Gmail, Yahoo, Outlook atau Live.com) melalui pelayar, malangnya Disk Drill tidak dapat membantu.

Jika anda sedang membaca artikel ini, anda berkemungkinan teragak-agak bagaimana memulihkan emel terpadam dari Gmail atau cara untuk memulihkan emel Yahoo terpadam. Berita baiknya ialah fail-fail ini masih boleh dipulihkan jika akaun Gmail atau Yahoo anda disambung kepada Apple Mail, Outlook, Mailbird atau emel pelanggan desktop yang lain di Mac anda.

Ini merupakan panduan permulaan cepat untuk membantu anda memulihkan emel terpadam. Semak arahan mendalam yang lain di bagaimana menggunakan Disk Drill dan kaedah lain memulihkan data.

#1 Bermula

Untuk memulihkan emel terpadam anda perlu Muat turun Disk Drill terlebih dahulu. Pasangkan Disk Drill dengan menyeretkanya ke folder Aplikasi. Petua Pro: Anda juga boleh tambah Disk Drill ke Dok anda untuk akses yang lebih cepat untuk memulihkan emel di masa depan.

  • Muat Turun Disk Drill
    1

    Muat turun Disk Drill

  • Seret ke Folder Aplikasi
    2

    Seret ke Folder Aplikasi

  • Lancarkan Disk Drill
    3

    Lancarkan app

#2 Pilih Cakera

Pilih cakera yang mempunyai emel yang anda ingin memulihkan, jika anda ingin memulihkan emel Yahoo atau memulihkan emel terpadam dari Gmail anda akan memulih cakera di mana emel itu disimpan pada tempat asalnya. Ini besar kemungikinannya di cakera Mac OS X utama anda.

#3 Jalankan Quick Scan

Kebanyakkan sistem fail seperti HFS+, FAT dan NTFS boleh dipulihkan lebih cepat dengan menggunakan Quick Scan, jika cakera keras anda diformatkan ke mana-mana salah satu sistem fail tersebut, anda boleh klik “Memulihkan” untuk memulihkan emel terpadam dengan lebih cepat. Butang “Memulihkan” bersatu di Disk Drill akan memastikan ia menjalankan algoritma pemulihan yang paling berkesan bagi cakera yang anda pilih, ini membantu mengoptimumkan masa pemulihan, serta memaksimakan bilangan data yang dipulihkan.

Petua Pro: Anda masih boleh menyesuaikan urutan pemulihan dengan memilih kaedah pemulihan tertentu dari ikon Gear di sisi butang “Memulihkan” di sebelah cakera atau partisyen sasaran itu.

Memulihkan dokumen word mac tidak disimpan

#4 Deep Scan bagi mendapatkan Lebih Keputusan

Walaupun cakera komputer anda rosak atau kehilangan sesuatu sistem fail (telah diformatkan) anda masih boleh cuba memulihkan emel Yahoo, Gmail dan banyak lagi jenis emel yang dsimpan secara lokal di Apple Mail jika pangkalan datanya mempunyai format yang disokong. Misalnya, Outlook bagi Mac akan menyimpan semua kandungan mesej di fail-fail OLK14MSGSOURCE yang disokong dengan sempurna oleh Deep Scan Disk Drill. Ketahui lebih maklumat mengenai cara menjalankan deep scan.

Memulihkan fail excel tidak disimpan

#5 Mengimport Emel Yang Telah Dipulihkan

Mari gunakan app Mail Apple dan Quick Scan Disk Drill sebagai satu contoh di sini. Sebaik sahaja pemulihan emel telah selesai, anda perlu mencari folder “Apple Mail” di dalam folder “Mail”, apabila cuba memulihkan emel terpadam dari mel pelanggan yang lain, lokasi fail-fail itu mengkin telah berubah sedikit. Sebaik sahaja anda telah mencari folder “Apple Mail” besar kemungkinan anda dapat lihat kedua-dua fail "EML / EMLX" and "MBOX" di dalam.

Untuk mengimport emel yang telah dipulihkan ke Apple Mail:

  1. Buka Apple Mail
  2. Klik Fail -> Import Mailbox
  3. Pilih "Apple Mail" sebagai jenis data
  4. Mengemudi ke folder di mana Disk Drill telah memulihkan emel terpadam anda dan tekan “Pilih”
  5. Klik Butang "Teruskan" untuk bermula mengimport emel yang telah dipulihkan
  6. Klik "Selesai" apabila didorongkan, ambil perhatian nama Mailbox di mana emel-emel yang telah dipulihkan berada sekarang.

Bagi Microsoft Outlook versi Mac, anda akan mencari fail-fail OLK14 selepas pemulihan. Biasanya apabila emel-emel tersebut dipulihkan oleh Dist Drill, anda juga perlu klik dua kali untuk membuka dan mengimport semula ke Outlook. Jika ia tidak berfungsi untuk sebarang sebab, cubalah menamakannya semula ke *.EML.

Disk Drill adalah satu cara yang baik untuk memulihkan emel terpadam

Lebih dari tujuan penggunaannya bagi Perniagaan atau peribadi, Disk Drill boleh membantu memulihkan emel terpadam. Disk Drill boleh membantu memulihkan emel Yahoo, memulihkan emel terpadam dari Gmail dan banyak lagi pembekal emel. Jika emel anda disimpan secara lokal dengan Apple Mail, Mailbird atau pelanggan terkemuka di Mac OSX anda yang lain pada bila-bila masa, maka Disk Drill boleh cuba memulihkan emel hilang.

Memulihkan emel hilang atau terpadam

Senario Lain

Lebih lanjut mengenai pemulihan emel

Katakanlah!

Diguna oleh syarikat terkenal di dunia